Tuesday, July 17, 2007
Sebenarnya, saya berasa agak kesal dan kecewa terhadap peperiksaan peringkat GCE 'O" Bahasa Melayu saya, walaupun markah keputusan belum lagi diumumkan. Saya rasa seolah-olah saya tidak memberikan usaha yang mengcukupi dan mungkin tidak akan mendapat keputusan yang diharapkan oleh saya dun juga guru saya (untuk mendapati gred A1). Tekanan pada masa mengambil peperiksaan-peperiksaan peringkat 'O' sangat luar biasa, ia tidak boleh dibandingkan dengan peperiksaan yang lain. Saya terpaksa memujuk diri saya untul bertenang, sebelum peperiksaan bermula. Tetapi, apabila sudah bertenang, terfikir pula tentang bagaimana peperiksaan ini akan menentukan masa depan saya. Dengan itu, datanglah kembali, perasaan takut dan cemas. Perasaan cemaslah yang menjejaskan fikiran saya apabila menghadapi peperiksaan lisan. Topik perbualannya pula satu topik yang saya rasa, sangat sukar. Mereka bertanya kepada saya, tentang soal bersopan-santun. Akhirnya, saya gagap pada kesuluruhan bahagian perbualan, dan keluar dari Sekolah Menengah Henderson (sekolah di mana saya mengambil peperiksaan tersebut) dengan hati yang telah hancur. Tetapi saya harap saya boleh mendapat markah yang tinggi bagi Kertas 1 dan 2, serta Kefahaman Mendengar, yang baru sahaja diambil, 2 hari yang lepas. Saya telah menulis sebuah karangan naratif, tentang "Nasihat yang dihiraukan pada masa yang ia paling diperlukan". Kertas 2 agak senang dilakukan, dibandingkan dengan Mock Exam dan Prelims. Saya juga rasa bahawa saya hanya membuat satu atau mungkin, dua kesalahan bagi Kefahaman Mendengar.Dengan itu, saya berdoa supaya mendapat markah yang memuaskan. Jikalau tidak, terpaksalah saya bekerja lebih gigih, untuk mengambil pepersiksaan tersebut, sekali lagi.
Ditulis 4:51 PM
Thursday, February 08, 2007
2006 tahun yang amat bermakna. Banyak yang telah berlaku pada tahun yang lepas itu dan setiap peristiwa menjadi pengalaman bagi saya.
Peperiksaan Akhir Tahun 2006 satu-satunya peperiksaan dimana saya rasa ngeri dan takut jika saya tidak layak dinaikkan ke peringkat Menengah 4. Tidak pernah saya berasa begitu. Saya telah menjangka diri saya untuk gagal dalam peperiksaan Matematik dan Biologi kerana betul-betul tidak faham dan masuk akal, subjek-subjek tersebut. Saya mula membayangkan diri saya sebagai seorang pelajar ditahan di Menengah Tiga atau diturunkan ke Normal Academic.
Walaupun saya gagal dalam peperiksaan Matematik dan Biologi saya lulus secara kesulurahan. Pada masa itu, saya berasa sangat gemilang tetapi di dalam hati, saya tahu bahawa prestasi saya tidak mencukupi potensi saya yang sepenuhnya. Kini, dalam tahun 2007, saya berjaya mengurangkan tabiat tidur di dalam kelas. Walaupun kadang kala saya tertidur, dibandingkan dengan 2006, kini saya dapat memberi lebih perhatian di dalam kelas. Saya sedar bahawa soalan Biologi itu sangat senang dijawab jika saya memberi perhatian akan ajaran guru.
Bukan sahaja Biologi, semua subjek menjadi senang jika seseorang itu berfokus.
___________________________________________________________________
Pada jangka masa 4 hingga 8 Disember pula, saya telah menyertai "course" Outward Bound. Bersama seorang lagi rakan, mewakili unit NCC Sekolah Gan Eng Seng. Ia memang sebuah pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Banyak yang boleh dipelajari di kem di Pulau Ubin ini. Yang palih penting ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap diri sendiri dan rakan-rakan. Dengan keyakinan, banyak yang boleh dilaksanakan.
___________________________________________________________________
Juga berkenaan dengan NCC, pada 28 hari bulan August, kami telah mengadakan sebuah majlis untuk meraihkan kehabisan tugas kadet menengah 4 yang akan memberi lebih tumpuan kepada pelajaran mereka. Kumpulan menengah 3 saya telah menganjurkan majlis tersebut, yang diraihkan setiap tahun. Malangnya, majlis tersebut menjadi sebuah kegagalan. Yang dipuji, hanya Nasi Jagung yang dihidangkan secara buffet. Peristiwa tersebut memang melemahkan semangat kami. Tetapi, pegawai-pegawai kami menggalakkan kami untuk bekerja lebih gigih dalam Sec 1 Orientation 2007. Kesalahan kami ialah kami tidak merancang dengan baik. Mengikuti kata-kata, "If you fail to plan, you plan to fail", kami telah memberi sedaya upaya untuk membuat Sec 1 Orientation 2007 satu kejayaan.
Ditulis 4:31 PM
Tuesday, August 01, 2006
Dari segi psikologi, remaja-remaja sebenarnya mengelah untuk mendapatkan perhatian atau bantuan. Tetapi ini bukanlah cara yang betul untuk mandapatkan bantuan. Mengelah tangan, terutamanya di bahagian lengan boleh mencederakan diri sendiri. Peranan ibu-bapa untuk menyelesaikan masalah ini adalah yang paling besar. Ibu-bapa tidak boleh terus "menyerang" anak-anak mereka tetapi dekati masalahnya secara tenang. Tenangkan diri sebelum berbual dengan anak-anak mereka. Satu cara untuk berbual dengan mereka adalah untuk menanyakan khabar dan berbual-bual dahulu sebelum mengalihkan perhatian kepada kesan kelaran atau calar di badan mereka. Jangan tengking mereka. Tanya mereka tentang bagaimana mereka mendapat luka itu. Jika ibu-bapa rasa bahawa mereka todak boleh menangani masalah tersebut, dapatkanlah bantuan profesional seperti bantuan Pusat Khidmatan Keluarga. Bantuan luar bukanlah sesuatu yang dimalukan.
Ditulis 8:39 PM
Tuesday, June 27, 2006
Cuti Sekolah Jun - 1Apa lagi yang boleh saya kata? Anda semua sepatutnya tahu apa yang saya berlaku sepanjang hari bulan Jun ini. Tahun ini adalah tahun yang ramai peminat-peminat bola sepak sudah menunggu semenjak empat tahun dahulu. Acaranya, Piala Dunia Bola Sepak 2006.
Ia bermula pada 9 hari bulan Jun dan akan tamat pada 9 hari bulan Julai dan saya telah menonton sekurang-kurangnya 1 perlawanan sehari. Tahun ini, negara-negara yang saya menyokong ialah Australia, England dan Germany. Sayangnya, Australia sudahpun terkeluar daripada pertandingan tersebut. Walaupun saya menyokong ketiga pasukan ini, saya rasa Brazil dan Argentina yang mampu menjadi juara.
Saya rasa hari yang paling menarik dalam bulan Jun yang baru sahaja lepas, ialah hari yang saya ke SAFRA Mount Faber dan Restoran MacDonald Bukit Merah untuk menonton perlawanan bola sepak. Di SAFRA, saya bersama rakan-rakan saya sejumlah 8 orang, menonton perlawanan antara Itali dan Republik Czech. Itali menang dengan jumlah gol 2 - 0. Selepas itu, kami ke MacDonald pula untuk meyaksikan perlawanan antara Brazil dan Jepun. Saya menyesal kerana saya tertidur semasa perlawanan itu ditayangkan. Oleh itu, saya terlepas menyaksikan tiga gol yang djaringkan oleh Brazil. Perlawanan itu tamat dengan jumlah gol 4 - 1. Kami terpaksa pulang ke rumah secepat mungkin kerana pagi itu, kami harus menghadiri aktiviti ko-kurikulum, NCC.
Ditulis 7:57 PM
Wednesday, May 24, 2006
Fikiranku tak dapat ku mengerti Kaki di kepala kepala di kaki Fikiranku patutnya menyedari Siapa yang harus dan tak harus ku cari Tetapi tak dapatku mengerti Sesuatu yang baru ku sedari Kau tinggalkanku tanpa sebab yang pasti Sesuatu yang harusnya terjadi Kau sakiti aku kau yang harus ku benci Tetapi tak dapatku menyesal dapatku mengerti Tetapi tak dapatku menertawai Dapatku menertawai dapatku mengerti Oooh... ku mencari sesuatu yang telah mati Ku mencari hati yang ku benci Oooh... ku mencari sesuatu yang tak kembali Ku mencari hati yang ku benci Tetapi tak dapatku menertawai Dapatku menertawai dapatku Menertawai dapatku mengerti Oooh... ku mencari tetap tak dapat ku temui Ku mencari hati yang ku benci
Ditulis 10:04 PM
Monday, April 17, 2006
Dikir barat memang amat istimewa. Ia satu-satunya persembahan tradisional yang masih dipersembahkan pada hari ini, selain daripada persembahan silat. Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Tukang Karot, penyanyi utama, sangat menarik. Nyanyiannya ditemani oleh nyanyian latar belakang kumpulannya, bersama juga dengan gerak-geri badan yang lincar dan penuh dengan semangat. Ini membuat dikir barat satu aktiviti yang menyeronokkan. Muzik untuk dikir barat dimainkan dengan alat muzik melayu tradisional seperti rebana dan gong.
Ditulis 8:32 PM
Monday, April 10, 2006
Cabaran Besar Bahasa Melayu
Sebab utama Pelajar Melayu tidak fasih dalam bahasa bangsanya sendiri ialah kerana di sekolah, semua subjek kecuali Bahasa Melayu diajar dalma Bahasa Inggeris. Pelajar semua sudah terlalu biasa dengan bahasa ini. Lagipun, di sekolah terdapat lebih ramai rakan yang berbangsa Cina dan India jika dibandingkan dengan rakan berbangsa Melayu. Satu-satunya cara untuk berkomunikasi dengan mereka ialah dengan berbahasa Inggeris. Oleh itu, pelajar Melayu tidak fasih berbahasa Melayu kerana terlalu didedahkan dengan bahasa lain. Adakah sikap seseorang pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu menentukan kebolehannya dalam menguasai bahasa tersebut? Ya. Keghairahan seseorang untuk belajar akan menggalakkannya untuk belajar. Begini, dia akan berjaya dalam Bahasa itu. Jika pelajar itu memasuki kelas Bahasa Melayu dengan tiada keghairahan, dia tidak mempunyai motivasi dan tidak akan berfokus. Bagaimanapun, keghairahan sengan hilang. Terutama sekali jika pelajar tersebut gagal dalam sebuah ujian. Seseorang pelajar harus mempunyai sikap "Never say die". Semangat dan minat pelajar dalam Bahasa Melayu hanya boleh dipupuhkan di dalam darjah kerana disitulah tempat dimana mereka belajar Bahasa Melayu. Guru-guru harus cuba untuk membuat masa ajarannya menarik dan seronok. Saya rasa minat terhadap Bahasa Melayu boleh didapatkan dengan membaca. Jika pelajar itu minat membaca, tahap bahasanya kuat.
Ditulis 8:32 PM