Pernah juga saya termimpi-mimpi untuk menjadi seorang penyanyi, pelakon, seorang yang masyhur. Tetapi itu semua hanyalah cita-cita akibat fikiran kosong sahaja. Sekarang saya bertanya kepada diri saya. Apakah impian dan harapan saya.
Mungkin anda boleh teka apakah impian saya. Tentulah untuk menjadi seorang pemain bola-sepak yang terkenal. Pertama sekali saya ingin menyapai kelayakan ke pasukan Nasional Singapura dan memenangi pertandingan-pertandingan seperti Kejuaraan Tiger, Kejuaraan Lion City dan Kejuaraan Sukan SEA. Bagaimanapun kejuaraan Sekolah Menengah pun tidak boleh ku capai. Bagaimana hendak ke tahap antarabangsa.
Harapan saya terhadap bola sepak di Singapura ialah bagi ia terus maju. Singapura kini sudah dibandingkan dengan pasukan-pasukan seperti Korea, Jepun, Thailand dan lain lagi di Asia. Saya harap dalam masa depan, Singapura boleh kelihatan bermain dengan negara-negara seperti Brazil, England dan Germany. Untuk ini semua berlaku, sokongan daripada orang ramai harus lebih menyerlah. Saya sering ke perlawanan bola sepak S League dan saya mendapati bahawa sokongan untuk pasukan pasukan yang bermain tidak begitu bersemangat. Stadium yang sangat kecil pun tidak penuh dengan penyokong. Saya harap ini boleh diperbaiki. Dengan sokongan yang bersemangat, barulah bola sepak Singapura boleh maju.
Jika saya tidak diberi pilihan untuk menulis apa-apa tentang bola sepak, mungkin impian saya ialah untuk menjadi seorang "accountant" ataupun seorang cikgu. Ia bukan impian yang besar tetapi satu yang realistik. Kedua-dua kerjaya ini memerlukan orangnya untuk bekerja waktu yang lama. Tetapi ia memberi gaji yang amat memuaskan. Lagipun, sebagai seorang cikgu, saya ingin memberi inspirasi kepada murid-murid saya. Saya amat kagum dengan kerjaya menjadi cikgu. Untuk melihat murid-murid berloncat kegembiraan setelah melulus peperiksaan besar seperti PSLE atau O' Level memberikan kepuasan yang amat besar. Memanglah, ia hanya boleh didapati dengan kerja keras. Tanpa kerja keras, seorang tidak boleh mengharapkan hasil yang besar.
Impian dan harapan seperti menjimat wang. Lebih keras kamu bekerja, lebih banyak wang kamu dapat menyimpan. Lebin banyak wang kamu dapat menyimpan, lebih dekatlah kamu kepada objektif kamu. Jika kamu bekerja keras, semua impian kamu, Insyaallah, boleh dicapai. Sentiasa percayai bahawa ia boleh dicapai. Yang penting sekali, jangan hilang harapan!