Sebab utama Pelajar Melayu tidak fasih dalam bahasa bangsanya sendiri ialah kerana di sekolah, semua subjek kecuali Bahasa Melayu diajar dalma Bahasa Inggeris. Pelajar semua sudah terlalu biasa dengan bahasa ini. Lagipun, di sekolah terdapat lebih ramai rakan yang berbangsa Cina dan India jika dibandingkan dengan rakan berbangsa Melayu. Satu-satunya cara untuk berkomunikasi dengan mereka ialah dengan berbahasa Inggeris. Oleh itu, pelajar Melayu tidak fasih berbahasa Melayu kerana terlalu didedahkan dengan bahasa lain.
Adakah sikap seseorang pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu menentukan kebolehannya dalam menguasai bahasa tersebut? Ya. Keghairahan seseorang untuk belajar akan menggalakkannya untuk belajar. Begini, dia akan berjaya dalam Bahasa itu. Jika pelajar itu memasuki kelas Bahasa Melayu dengan tiada keghairahan, dia tidak mempunyai motivasi dan tidak akan berfokus. Bagaimanapun, keghairahan sengan hilang. Terutama sekali jika pelajar tersebut gagal dalam sebuah ujian. Seseorang pelajar harus mempunyai sikap "Never say die".
Semangat dan minat pelajar dalam Bahasa Melayu hanya boleh dipupuhkan di dalam darjah kerana disitulah tempat dimana mereka belajar Bahasa Melayu. Guru-guru harus cuba untuk membuat masa ajarannya menarik dan seronok. Saya rasa minat terhadap Bahasa Melayu boleh didapatkan dengan membaca. Jika pelajar itu minat membaca, tahap bahasanya kuat.