Dikir barat memang amat istimewa. Ia satu-satunya persembahan tradisional yang masih dipersembahkan pada hari ini, selain daripada persembahan silat. Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Tukang Karot, penyanyi utama, sangat menarik. Nyanyiannya ditemani oleh nyanyian latar belakang kumpulannya, bersama juga dengan gerak-geri badan yang lincar dan penuh dengan semangat. Ini membuat dikir barat satu aktiviti yang menyeronokkan. Muzik untuk dikir barat dimainkan dengan alat muzik melayu tradisional seperti rebana dan gong.