Apa lagi yang boleh saya kata? Anda semua sepatutnya tahu apa yang saya berlaku sepanjang hari bulan Jun ini. Tahun ini adalah tahun yang ramai peminat-peminat bola sepak sudah menunggu semenjak empat tahun dahulu. Acaranya, Piala Dunia Bola Sepak 2006.
Ia bermula pada 9 hari bulan Jun dan akan tamat pada 9 hari bulan Julai dan saya telah menonton sekurang-kurangnya 1 perlawanan sehari. Tahun ini, negara-negara yang saya menyokong ialah Australia, England dan Germany. Sayangnya, Australia sudahpun terkeluar daripada pertandingan tersebut. Walaupun saya menyokong ketiga pasukan ini, saya rasa Brazil dan Argentina yang mampu menjadi juara.
Saya rasa hari yang paling menarik dalam bulan Jun yang baru sahaja lepas, ialah hari yang saya ke SAFRA Mount Faber dan Restoran MacDonald Bukit Merah untuk menonton perlawanan bola sepak. Di SAFRA, saya bersama rakan-rakan saya sejumlah 8 orang, menonton perlawanan antara Itali dan Republik Czech. Itali menang dengan jumlah gol 2 - 0. Selepas itu, kami ke MacDonald pula untuk meyaksikan perlawanan antara Brazil dan Jepun. Saya menyesal kerana saya tertidur semasa perlawanan itu ditayangkan. Oleh itu, saya terlepas menyaksikan tiga gol yang djaringkan oleh Brazil. Perlawanan itu tamat dengan jumlah gol 4 - 1. Kami terpaksa pulang ke rumah secepat mungkin kerana pagi itu, kami harus menghadiri aktiviti ko-kurikulum, NCC.