Dari segi psikologi, remaja-remaja sebenarnya mengelah untuk mendapatkan perhatian atau bantuan. Tetapi ini bukanlah cara yang betul untuk mandapatkan bantuan. Mengelah tangan, terutamanya di bahagian lengan boleh mencederakan diri sendiri. Peranan ibu-bapa untuk menyelesaikan masalah ini adalah yang paling besar. Ibu-bapa tidak boleh terus "menyerang" anak-anak mereka tetapi dekati masalahnya secara tenang. Tenangkan diri sebelum berbual dengan anak-anak mereka. Satu cara untuk berbual dengan mereka adalah untuk menanyakan khabar dan berbual-bual dahulu sebelum mengalihkan perhatian kepada kesan kelaran atau calar di badan mereka. Jangan tengking mereka. Tanya mereka tentang bagaimana mereka mendapat luka itu. Jika ibu-bapa rasa bahawa mereka todak boleh menangani masalah tersebut, dapatkanlah bantuan profesional seperti bantuan Pusat Khidmatan Keluarga. Bantuan luar bukanlah sesuatu yang dimalukan.