Thursday, February 08, 2007
2006 tahun yang amat bermakna. Banyak yang telah berlaku pada tahun yang lepas itu dan setiap peristiwa menjadi pengalaman bagi saya.
Peperiksaan Akhir Tahun 2006 satu-satunya peperiksaan dimana saya rasa ngeri dan takut jika saya tidak layak dinaikkan ke peringkat Menengah 4. Tidak pernah saya berasa begitu. Saya telah menjangka diri saya untuk gagal dalam peperiksaan Matematik dan Biologi kerana betul-betul tidak faham dan masuk akal, subjek-subjek tersebut. Saya mula membayangkan diri saya sebagai seorang pelajar ditahan di Menengah Tiga atau diturunkan ke Normal Academic.
Walaupun saya gagal dalam peperiksaan Matematik dan Biologi saya lulus secara kesulurahan. Pada masa itu, saya berasa sangat gemilang tetapi di dalam hati, saya tahu bahawa prestasi saya tidak mencukupi potensi saya yang sepenuhnya. Kini, dalam tahun 2007, saya berjaya mengurangkan tabiat tidur di dalam kelas. Walaupun kadang kala saya tertidur, dibandingkan dengan 2006, kini saya dapat memberi lebih perhatian di dalam kelas. Saya sedar bahawa soalan Biologi itu sangat senang dijawab jika saya memberi perhatian akan ajaran guru.
Bukan sahaja Biologi, semua subjek menjadi senang jika seseorang itu berfokus.
___________________________________________________________________
Pada jangka masa 4 hingga 8 Disember pula, saya telah menyertai "course" Outward Bound. Bersama seorang lagi rakan, mewakili unit NCC Sekolah Gan Eng Seng. Ia memang sebuah pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Banyak yang boleh dipelajari di kem di Pulau Ubin ini. Yang palih penting ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap diri sendiri dan rakan-rakan. Dengan keyakinan, banyak yang boleh dilaksanakan.
___________________________________________________________________
Juga berkenaan dengan NCC, pada 28 hari bulan August, kami telah mengadakan sebuah majlis untuk meraihkan kehabisan tugas kadet menengah 4 yang akan memberi lebih tumpuan kepada pelajaran mereka. Kumpulan menengah 3 saya telah menganjurkan majlis tersebut, yang diraihkan setiap tahun. Malangnya, majlis tersebut menjadi sebuah kegagalan. Yang dipuji, hanya Nasi Jagung yang dihidangkan secara buffet. Peristiwa tersebut memang melemahkan semangat kami. Tetapi, pegawai-pegawai kami menggalakkan kami untuk bekerja lebih gigih dalam Sec 1 Orientation 2007. Kesalahan kami ialah kami tidak merancang dengan baik. Mengikuti kata-kata, "If you fail to plan, you plan to fail", kami telah memberi sedaya upaya untuk membuat Sec 1 Orientation 2007 satu kejayaan.
Ditulis 4:31 PM