Sebenarnya, saya berasa agak kesal dan kecewa terhadap peperiksaan peringkat GCE 'O" Bahasa Melayu saya, walaupun markah keputusan belum lagi diumumkan. Saya rasa seolah-olah saya tidak memberikan usaha yang mengcukupi dan mungkin tidak akan mendapat keputusan yang diharapkan oleh saya dun juga guru saya (untuk mendapati gred A1). Tekanan pada masa mengambil peperiksaan-peperiksaan peringkat 'O' sangat luar biasa, ia tidak boleh dibandingkan dengan peperiksaan yang lain. Saya terpaksa memujuk diri saya untul bertenang, sebelum peperiksaan bermula. Tetapi, apabila sudah bertenang, terfikir pula tentang bagaimana peperiksaan ini akan menentukan masa depan saya. Dengan itu, datanglah kembali, perasaan takut dan cemas. Perasaan cemaslah yang menjejaskan fikiran saya apabila menghadapi peperiksaan lisan. Topik perbualannya pula satu topik yang saya rasa, sangat sukar. Mereka bertanya kepada saya, tentang soal bersopan-santun. Akhirnya, saya gagap pada kesuluruhan bahagian perbualan, dan keluar dari Sekolah Menengah Henderson (sekolah di mana saya mengambil peperiksaan tersebut) dengan hati yang telah hancur. Tetapi saya harap saya boleh mendapat markah yang tinggi bagi Kertas 1 dan 2, serta Kefahaman Mendengar, yang baru sahaja diambil, 2 hari yang lepas. Saya telah menulis sebuah karangan naratif, tentang "Nasihat yang dihiraukan pada masa yang ia paling diperlukan". Kertas 2 agak senang dilakukan, dibandingkan dengan Mock Exam dan Prelims. Saya juga rasa bahawa saya hanya membuat satu atau mungkin, dua kesalahan bagi Kefahaman Mendengar. Dengan itu, saya berdoa supaya mendapat markah yang memuaskan. Jikalau tidak, terpaksalah saya bekerja lebih gigih, untuk mengambil pepersiksaan tersebut, sekali lagi.